Tuesday, November 18, 2008




Have fun...! character and characterising


Waktu rehat bersama dengan fasilitator...

Keluarga besar Bengkel Seni Persembahan. Anda semua memang sporting dan hapening!!!THANKS DAN JUMPA LAGI!


Para peserta bengkel dengan persembahan UPIN IPIN menjadi johan dan mendapat karya kolaj dan sijil penyertaan



Barisan Fasilitator yang terlibat dalam Bengkel Seni Persembahan dan para guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abd Samad,Banting Selangor.


Para peserta bengkel mendapat barangan cenderahati dari UM, Muzium Negara, MMP Publication, KPKKWA dan Telekom Malaysia

Sebahagian daripada peserta bengkel di dalam Dewan Semarak,Akademi Pengajian Melayu,UM

Bengkel Seni Persembahan: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Banting Selangor


Sesi pendaftaran di lobby Akademi Pengajian Melayu pada 25 Oktober 2008

Friday, October 24, 2008

Bergambar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka ketika Program Kembara Seni untuk siri yang pertama berlangsung. Bengkel Seni Visual telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Ogos 2008.

Thursday, October 23, 2008

Layari laman web ini:http://gengmovie.blogspot.com/2008/10/lawatan-dari-universiti-malaya-pada.html

Animator di Les'Copaque....U did superb beb! Very good job and it was a great Malay animation.




Sesi taklimat di Les'Copaque, dari kiri ialah En. Mohamed Azfaren Aznam (Music Composer) dan En. Asyraf Abdullah (Technical Executive). Terima kasih atas layanan anda!


Bergambar di Les'Copaque bersama dengan para pelakon alih suara watak-watak dalam siri kartun Upin & Ipin.



Antara lukisan yang dipamerkan untuk dijual di Galeri Shah Alam. Datanglah ke galeri ini kerana banyak hasil karya pelukis tanahair yang sangat mengagumkan.


Bergambar di kawasan sekitar Galeri Shah Alam. Panorama indah yang berlatar belakangkan hutan dan tasik.



Mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil Les'Copaque Production

Bengkel Pengurusan Seni



Ahli Kembara Seni 2008 Universiti Malaya bergambar setelah selesai mengadakan lawatan di Galeri Shah Alam pada 21 Oktober 2008.
Penaung : Ybhg. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Ketua Penasihat : Pn. Nor Azlin Hamidon
Penyelaras Program : En. Mohd Faizal Md Nor
Penasihat : Prof. Datin Dr. Rahmah Bujang
: En. Muhammad Nazzri Ahmad
: En. Abd. Hamid Adnan
: Pn. Maizira Abd. Majid
: Pn. Nur Idayu Ghani
: Cik Shafa’atussara Silahuddin

Wednesday, October 22, 2008

Kembara Seni Universiti Malaya

Pengenalan

Jabatan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya adalah sebuah jabatan yang mengkhusus dalam bidang seni visual, seni persembahan dan pengurusan seni. Salah satu misi jabatan adalah melatih para pelajar supaya mahir dalam bidang-bidang ini agar menepati kehendak pasaran pada masa akan datang. Jabatan Kesenian Melayu juga bukan hanya menekankan kaedah pengajaran melalui pendekatan teori semata-mata, bahkan kaedah pengajaran melalui praktikal turut diutamakan. Justeru, program Kembara Seni adalah medium yang paling tepat untuk pelajar jabatan ini meneroka kesemua bidang-bidang seni dari serata tempat.
Objektif

· Meneroka bidang-bidang kesenian Melayu sama ada seni visual, seni persembahan mahu
pun dalam bidang pengurusan seni

· Memupuk semangat cintakan seni warisan bangsa Melayu

· Melahirkan generasi pelapis dalam bidang kesenian Melayu

· Mendekatkan diri para pelajar jabatan dalam bidang lapangan seni secara praktikal

Program Kembara Seni

Program Kembara Seni di bawah anjuran Jabatan Kesenian Melayu dibahagikan kepada 3 bidang yang paling utama iaitu Seni Visual, Seni Persembahan dan Pengurusan Seni.

Bengkel Seni Visual
Antara aktivitinya adalah mengadakan Bengkel Seni Visual di sekolah-sekolah menengah di Malaysia, para pelajar jabatan bertindak sebagai fasilitator mengendalikan bengkel tersebut yang mengajar para pelajar sekolah membuat catan, kolaj, batik, mural dan lain-lain. Selain itu juga, Bengkel Seni Visual akan menjemput beberapa orang pakar dalam bidang seni ukiran kayu, kraf, kaligrafi, tenunan, tekatan, jahitan dan pembuatan tembikar untuk mengajar para pelajar jabatan.

Bengkel Seni Persembahan
Antara aktivitinya adalah mengadakan Bengkel Seni Persembahan dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang seni tari (zapin, inang, asyik, piring, dabus, randai, kuda kepang dan lain-lain), dramatari (main puteri, menora, makyong, dan lain-lain). Selain itu juga turut diadakan bengkel seni lakon dan seni vokal muzik tradisional.

Bengkel Pengurusan Seni
Antara aktivitinya adalah mengadakan Bengkel Pengurusan Seni dengan mengadakan lawatan di institusi-institusi seni tanahair seperti Balai Seni Lukis Negara, Kompleks Kraf, Institut Kraf, Istana Budaya, Taman Budaya Melaka, FINAS, Muzium Negara/Negeri, Produksi-produksi filem dan Syarikat-syarikat rakaman, agensi-agensi pengiklanan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, ASTRO dan lain-lain. Antara lain tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengetahui sistem pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi seni yang terdapat di Malaysia.